30.6.08

kalau boleh, aku nak naik basikal di tengah-tengah Bandar New York.

Permulaan minggu yang kelam kabut. Dan aku dapat rasakan bulan Julai ini lagi kabut. Kabut dan sekaligus memaksa aku mengikat perut. Kos sara hidup aku makin naik, nasib baik aku tukar ofis. Kerjaya baru ini lebih lumayan, tapi dengan lebih wang, nafsu makin teruk. Semua yang aku tengok, semua aku nak. Dan kemudian buat aku lagi muflis. Sigh.

Aku pon tahu. Takkan ada kerja yang senang dalam dunia ni. Lebih-lebih kalau hobi anda menjadi kerjaya anda. Fucking lucky! Bagi mereka yang dapat kerja-kerja macam tu, tahniah! Dan sesungguhnya aku benci dan dengki pada kamu semua. Aku tanak berikan alasan sebab aku benci dan dengki pada kamu semua. Sebab, memberi alasan itu ialah mengelak. Dan aku tak mahu mengelak. Ini masalah aku, dan aku akan cuba sedaya-upaya aku, untuk jadi macam kamu semua yang bertuah itu.

Tapi sebelum itu, boleh bagi aku duit modal setengah juta dolar? Aku nak main sahama di Wall Street. Kemudian kerja sebagai budak delivery naik basikal racing tanpa brek. Macam Kevin Bacon dalam Quicksilver.

Cool sial...

kalau boleh, aku nak terbang. atau terapung. whichever comes first.

Aku sedang membuat cubaan untuk menjadi seorang yang lebih dalam [sic: deep]. Selalu bertanya-tanya [sic: inquisitive]. Supaya aku dapat sesuatu yang lebih dari hidup aku ini. Aku masih mencuba. Paksa diri aku. Memaksa diri aku untuk menjadi lebih baik. Tapi orang cakap paksa diri tak bagus. Aku tak peduli. Aku paksa diri aku supaya rasa gembira. Bagi aku, aku rasa aku takkan rugi apa-apa daripada buat macam tu.

Hari ni aku pegi Bukit Jelutong. Aku kena pegi sebab nak check out "Parade of Homes" oleh Sime Property. Aku perlu tinjau dan tengok apa yang mereka buat di sana. Tengok samada orang ramai datang beli rumah atau datang semata-mata nak seronok dan makan free, sekaligus membuatkan event itu seperti Jom Heboh! Tapi, misi aku sebenarnya, ialah untuk naik belon udara panas. Tapi, kami malang. Cuaca tak membenarkan kami naik belon udara panas. Kami sedih. Tak dapat nak berlagak dengan orang yang kami jadi thrill-seeker.

Damn.

29.6.08

kalau boleh, aku nak lari dari sini.

Dah lama aku fikirkan begitu. Tapi atas sebab masalah-masalah tertentu (duit, masa dan availability), aku terpaksa tangguhkan niat aku. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak pada pemimpin-pemimpin negara.

Aku rasa tak sihat bagi aku kalau aku tinggal lama-lama di sini. Dah tak ada keserasian. Aku macam menyendiri tapi masih berkawan. Pelik, kan?

Oh, aku lupa nak terangkan. Aku sebenarnya sedang mengikut trend (to name a few, aku tak kenal pon mereka ini, tapi aku dapat rasakan mereka ini sangat popular dalam blogosfera bahasa ibunda) Lantas, aku mengambil keputusan untuk juga menjadi seorang penulis blog dalam bahasa ibunda.

Jadi, balik kepada topik yang aku ceritakan awal tadi, aku nak lari dari sini. Aku rasa aku dah rasa terlalu selesa di sini. Aku perlu ubah persekitaran aku. Need a new setting. Jadi, ada orang sedang mencari housemate? Aku nak rumah ada washing machine.
web analytics