24.7.08

kalau boleh, post ini perlu ada tajuk.



Post break up watch: Week 7

I miss that time in your room. Your head on my shoulder. My arms around your waist. Cliche' as it may sound, I thought we were going to be forever.
Kenapa aku tak boleh lepaskan?

23.7.08

kalau boleh, aku nak faham. Seluruh rakyat nak faham.

Kenapa sekarang ramai orang batuk dan sakit? Tekak aku kering, tapi suhu badan aku normal. Minta simpang kalau ada benda buruk yang akan berlaku.

Dan aku nak kamera digital. Sebab aku rasa aku perlu rekodkan hidup aku dalam pixel.

17.7.08

kalau boleh, aku jangkakan rusuhan.


picture courtesy of the new york times.
Semalam kalah, hari ini tunjuk samseng. Sigh. Is this, like, a repeating theme in 2008?

14.7.08

post ihsan someecards 2.


HAHAHA!

Aku cuba tipu siapa ni?

kalau boleh, aku nak monster truck. Gravedigger to be precise.


Nah amik kau roadblock!

Menyusahkan aku dan berjuta-juta lagi pengguna jalan raya di Kuala Lumpuh.

Dan ribuan terima kasih kepada kerajaan memerintah kerana cepat menggelabah.

13.7.08

kalau boleh, isytiharkan cuti hingga Ogos.

Buat kali pertama aku menjejakkan kaki ke Menara Kuala Lumpur. Sakit tengkuk aku mendongak. Bayaran parking pon mahal. Aku sampai ke kaki tangga dengan diiringi muzik melayu tradisional dan tarian zapin or something. Meriah. Sangat meriah.
Tapi aku tak berapa ambil peduli pun.

Aku tawaf kaki menara nak cari tempat pameran. Cuba berlagak seperti seorang pelancong untuk tembus ke arah lain.
Menjadi!
Dan terus jumpa bilik pameran. Masuk, duduk dan tonton apa yang ditunjukkan di projektor sambil menunggu.

Menunggu. Dan Menunggu. Hati berharap. Hati sangat-sangat berharap. Tapi masih takut. Takut kalau apa yang aku harapkan betul-betul jadi. Kedua-dua harapan tidak menjadi realiti.

Selepas lebih kurang 30 minit, aku keluar dan balik. Aku pergi makan lidah masak pedas yang paling padu dan mantap. Aku sental dua pinggan. NYUMMEHH!!!
Makan lidah banyak-banyak tak gemuk, kan?

Aku rasa lega. Nasib baik juga pelan hari ni tak menjadi. Aku rasa aku masih belum boleh mampu berinteraksi dengan dadah aku. Aku rasa aku akan terus buat macam ni (tidak berinteraksi dengan dadah).
At least until I've gone through the withdrawal period.

Sehingga sampai masa aku selesai melalui jangka masa itu, aku rasa akan menyibukkan diri aku.
Hmm, dah lama aku tak main-main dengan perisian dari Adobe.


Post break up watch: Week 5.

I still remember how she exhales every time after we kissed. :')

12.7.08

kalau boleh, aku tak mahu leka.

Aku minta maaf. Aku faham kenapa kau marah.

Maaf.

11.7.08

kalau boleh, aku nak jadi orang jujur dan benar. Supaya boleh jadi berani. Berani kerana benar.

Kepada semua yang membaca blog ini, korang semua best. Best macam apitchong.

Kemelut ekonomi sudah menular ke dalam dompet aku.

post ihsan someecards 1.














Aku rasa aku nak salam tangan mereka yang buat semua ni. Bijak dan jujur. Aku suka.

10.7.08

kalau boleh, aku nak jumpa Dr Emmett Brown. Dan kurus macam Mark Renton.

Sila berikan aku sebuah De Loreon, wahai Dr.

Aku ajak gadis jangka lukis keluar makan semalam selepas waktu bekerja. Aku ambil dia dirumah. Tapi sebaliknya, aku duduk bersama gadis jangka lukis dalam kereta hampir sejam. Kami bersembang. Rasa lapar tak timbul-timbul.
Sejak kebelakangan ini, aku asyik minum Milo. Boleh kenyang jugak.

Aku tanyakan pendapat dia. Gadis jangka lukis samakan aku dengan penagih heroin. Penagih heroin yang nak berhenti menagih heroin. Tapi masih nak suntikan heroin kali terakhir.

Just this one last time, and then I'll quit. Macam Rent Boy dalam Trainspotting.

Mark "Rent Boy" Renton.

Aku diberi tentangan hebat, mula-mula dari gadis jangka lukis, kemudian dari Orga. Dua-dua tak bagi aku suntik heroin bagi kali terakhir. Dua-dua menentang tegas. Mereka cakap, nanti mula dari petak satu balik. Sia-sia usaha berhenti cold turkey aku. Aku rasa macam dah sebulan.

Orga suruh aku tengok "How I Met Your Mother". Dia cakap banyak pengajaran di situ. Mungkin Orga nak aku selalu cakap SUIT UP! macam Barney.

Kalau boleh, aku nak fikirkan yang aku makin okay.




Tapi aku rasa aku tak okay selepas mendapat jemputan ke majlis di salah satu mercu tanda Kuala Lumpur, Sabtu ni.
Damn!

kalau boleh, esok aku tak mahu pergi ke ofis.

Aku berjaga sampai pukul 2.30 pagi tengok cerita ini.

ihsan 8tv.


Macam best.


Malam esok aku sambung balik dan, bak kata gadis jangka lukis, menilai balik emosi aku.

9.7.08

kalau boleh, jangan bagi aku drive.

Dalam perjalanan balik dari tempat client, datang rasa mengantuk yang tak mampu aku lawan ketika aku sedang memandu. Nasib baik aku pakai Aviators Uptown aku, tak kantoi.

Tapi malangnya, aku tersilap jalan. Aku hanya ditegur silap jalan bila dah sampai ke plaza tol.

Oleh client.




Oh malunya.

7.7.08

kalau boleh, aku nak teman.

Kalau boleh,

Aku mahu pegang tangan kamu. Genggam erat-erat. Biar rasa hangat badan. Biar pulih rasa beban pada emosi aku. Biar hilang rasa risau. Biar rasa lega. Walaupon lega sekejap. Ia tetap perasaan lega.

Aku mahu peluk tubuh kamu. Peluk. Peluk tanpa rasa malu. Peluk dengan penuh rasa sayang. Peluk sampai hilang rasa sedih. Dengan harapan, pelukan itu dapat menghadiahkan dada yang lapang. Dada yang senang. Bagi jiwa aku melayang.

Aku mahu cium bibir kamu.




Kalau boleh.

2.7.08

kalau boleh, aku tak mahu begini.

Originally posted on at livejournal Jun. 16th, 2008 at 12:40 PM

"Aku tak percaya.

After two and a half years, she said she has had enough. I would be lying if I said that I didn’t see this coming. Kadang-kadang aku rehearse moment-moment macam ni. Cuma aku tanak perkara ni jadi realiti. I don’t know how to handle this. Even though I rehearsed it time and time again in my head, I still don’t think that aku dapat terima kenyataan ini.

So far I’ve told 3 people.

Aku cuba buang jauh-jauh perasaan atau aku akan cuba deal with it as fast as a I can. Tapi gadis jangka lukis cakap," it takes you half the time you’ve been with someone to get over them". Fuck, adakah ini bermakna I have to go through emotional hell for a year plus?

Aku cuba menangis.

Aku baca message yang dia bagi pada rakan-rakan aku untuk buat surprise party. Gosh! What an asshole I turned out to be.

Aku baca, air mata aku mengalir.

Aku ambil emergency leave hari ini, dengan harapan aku dapat luangkan masa dengan dia. Try to work things out. I always thought that the rough patch was caused by us not seeing each other a lot. And it could be rectified by seeing each other again.
But that doesn’t seem to be the case anymore now, is it
?


The good thing about time is that it heals.


And it also makes you forget."


Post break-up watch: Week 3

I miss her.


art by philip elliot

web analytics