10.7.08

kalau boleh, aku nak jumpa Dr Emmett Brown. Dan kurus macam Mark Renton.

Sila berikan aku sebuah De Loreon, wahai Dr.

Aku ajak gadis jangka lukis keluar makan semalam selepas waktu bekerja. Aku ambil dia dirumah. Tapi sebaliknya, aku duduk bersama gadis jangka lukis dalam kereta hampir sejam. Kami bersembang. Rasa lapar tak timbul-timbul.
Sejak kebelakangan ini, aku asyik minum Milo. Boleh kenyang jugak.

Aku tanyakan pendapat dia. Gadis jangka lukis samakan aku dengan penagih heroin. Penagih heroin yang nak berhenti menagih heroin. Tapi masih nak suntikan heroin kali terakhir.

Just this one last time, and then I'll quit. Macam Rent Boy dalam Trainspotting.

Mark "Rent Boy" Renton.

Aku diberi tentangan hebat, mula-mula dari gadis jangka lukis, kemudian dari Orga. Dua-dua tak bagi aku suntik heroin bagi kali terakhir. Dua-dua menentang tegas. Mereka cakap, nanti mula dari petak satu balik. Sia-sia usaha berhenti cold turkey aku. Aku rasa macam dah sebulan.

Orga suruh aku tengok "How I Met Your Mother". Dia cakap banyak pengajaran di situ. Mungkin Orga nak aku selalu cakap SUIT UP! macam Barney.

Kalau boleh, aku nak fikirkan yang aku makin okay.




Tapi aku rasa aku tak okay selepas mendapat jemputan ke majlis di salah satu mercu tanda Kuala Lumpur, Sabtu ni.
Damn!

No comments:

web analytics