30.6.08

kalau boleh, aku nak naik basikal di tengah-tengah Bandar New York.

Permulaan minggu yang kelam kabut. Dan aku dapat rasakan bulan Julai ini lagi kabut. Kabut dan sekaligus memaksa aku mengikat perut. Kos sara hidup aku makin naik, nasib baik aku tukar ofis. Kerjaya baru ini lebih lumayan, tapi dengan lebih wang, nafsu makin teruk. Semua yang aku tengok, semua aku nak. Dan kemudian buat aku lagi muflis. Sigh.

Aku pon tahu. Takkan ada kerja yang senang dalam dunia ni. Lebih-lebih kalau hobi anda menjadi kerjaya anda. Fucking lucky! Bagi mereka yang dapat kerja-kerja macam tu, tahniah! Dan sesungguhnya aku benci dan dengki pada kamu semua. Aku tanak berikan alasan sebab aku benci dan dengki pada kamu semua. Sebab, memberi alasan itu ialah mengelak. Dan aku tak mahu mengelak. Ini masalah aku, dan aku akan cuba sedaya-upaya aku, untuk jadi macam kamu semua yang bertuah itu.

Tapi sebelum itu, boleh bagi aku duit modal setengah juta dolar? Aku nak main sahama di Wall Street. Kemudian kerja sebagai budak delivery naik basikal racing tanpa brek. Macam Kevin Bacon dalam Quicksilver.

Cool sial...

No comments:

web analytics