Entri ini ada kaitan dengan entri ini.
Minggu lepas, bos aku tanya apa matlamat aku. Ada la aku termanggu tak tahu nak jawab apa kurang-kurang sepuluh minit. Dan lepas sepuluh minit tu, aku cuba jawab. Tapi jawapan aku tak masuk akal. Haramnya, umur dah nak dekat suku abad tapi tiba-tiba hilang punca.
Penemuan yang sangat menakutkan. Apa yang dah jadi pada aku? Sejak bila aku jadi macam ni?
Dan oleh kerana aku tak mampu jawab dengan logik/masuk akal, aku dicadangkan(dikerah) menyertai program bina diri.
Dan aku perlu bayar kosnya sendiri, dengan alasan aku akan lebih menghargai "pelaburan" yang aku buat dan lebih "komited". PPFFTT!
Pandainya bos aku pancing.
24.10.08
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment