16.10.08

RE: senarai impian, edisi -2

Banyak orang cakap balik kat post ini. Ya, ramai orang sukakan baju ada gambar Imperial AT-AT Walker jatuh tersungkur selepas kena ikat kaki dengan Rebel Snowspeeder.

Pada aku, episod paling epik dalam saga Star Wars ialah "Empire Strikes Back". Dalam "Empire Strikes Back" lah, kita dapat tengok Yoda buat pertama kali dan terus jatuh cinta. Dalam episod itu juga, Luke mula belajar tentang "The Force". (But George Lucas had to ruin it in "The Phantom Menace". by explaining that it ALL came from microscopic life-forms called
Midi-chlorian. Kenapa kau nak rasionalkan benda yang sangat menakjubkan dan mistik seperti "The Force" dengan sains. Babi la)

Dalam episod ini juga kita dapat kenal Lando Calrisian. Satu-satunya black man dalam dunia Star Wars (from the movie that is, aku tak taksub sangat untuk menghayati dan mempelajari Expanded Universe). Dia macam Shaft, but instead of riding a pimped-up badass car, dia naik Millenium Falcon. Trumps any car that WCC can come up with.

Dan dalam episod ini jugalah kita tahu rahsia paling besar. Rahsia yang mengubah banyak persepsi pasal Darth Vader.

Pendek kata, banyak persoalan dan revelation dalam "Empire Strikes Back". Macam mana dengan orang lain?
Mari kita bersama-sama berkongsi pasal Star Wars.

Tapi ada beberapa perkara yang aku rasa aku perlu jelaskan.

@yourdrugbuddy
Bagus la, kita ada taste yang sama. Nanti order satu untuk aku jugak. Size L. Tapi kalau dia ikut size orang barat, tolong order size M.

@Marzuki
Bagus sebab kau setuju.

@Pherry Clucker
Aku tak pernah nampak Nike buat baju ini sebab kalau aku tekan pada link product site itu, dia keluar ke laman Zazzle, yang aku rasa tidak ada kena mengena dengan Nike.

@alif-mikhail
Siapa yang dah beli??!! Siapa?!!


And yes, aku separa-nerd.

No comments:

web analytics